Carta Organisasi Taman Sinar Harapan Tampoi

Taman Sinar Harapan Tampoi merupakan Pusat Pemulihan OKU Lelaki Remaja yang diwujudkan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia.


JAWATAN PEGAWAI SEMASA DI TAMAN SINAR HARAPAN TAMPOI 2013

Pengetua S41 : En. Muhammed Nadzri Bin Murashid

Timbalan Pengetua S27 : Pn. Rostina Binti Zulkifli

Pembantu Tadbir N22 : Pn. Hadijah Binti Othman

Pembantu Kebajikan Masyarakat S22: Hjh. Katinah Binti Banon

Program Gotong Royong Sukarelawan Siswa

Sebagai Institusi di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Taman Sinar Harapan Tampoi seringkali mendapat kunjungan daripada Sukarelawan untuk melaksanakan kerja-kerja amal. Diantaranya termasuklah gotong royong. Taman Sinar Harapan Tampoi sentiasa bersedia menerima mana-mana pertubuhan NGO atau syarikat persendirian bagi melaksanakan program yang boleh memberi nilai tambah kepada kebajikan penghuni di sini.


Sambutan Majlis Maulidur Rasul 2013

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. (Sumber Wikipedia)
Taman Sinar Harapan Tampoi menjadikan Sambutan Majlis Maulidur Rasul sebagai salah satu program tahunannya. Selain melaksanakannya atas dasar memperingati junjungan besar Rasullah S.A.W, ia juga menjadi satu alternatif untuk membawa penghuni beriadah bersama kakitangan.


Tentang Kami Taman Sinar Harapan Tampoi

Taman Sinar Harapan Tampoi merupakan Institusi pemulihan dan latihan bagi OKU Masalah Pembelajaran remaja lelaki. Taman Sinar Harapan Tampoi mula beroperasi pada 28 hb. Disember 1975 dan telah dirasmikan oleh Datin Paduka Hjh.Aishah bte Abdul Ghani iaitu Menteri Kebajikan Am Malaysia pada ketika tersebut. Di selia dibawah Kaedah-kaedah Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977, Taman Sinar Harapan Tampoi berkeluasan 8.4 ekar terdiri daripada lapan buah asrama. Asrama sedia ada ini boleh menampung seramai 200 orang penghuni dalam satu-satu masa.

Taman Sinar Harapan Tampoi dahulunya dikenali sebagai Rumah Kanak-Kanak Cacat pada tahun 1975 pernah menempatkan bukan sahaja pelatih OKU lelaki malah juga pelatih OKU perempuan. Bagaimanapun, setelah menerima jumlah penghuni yang agak tinggi, Taman Sinar Harapan Jubli yang berlokasi di Jalan Datin Halimah diwujudkan bagi menempatkan pelatih OKU perempuan.



VISI
Masyarakat Sejahtera Dan Penyayang

MISI
Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Sosial

OBJEKTIF
Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan
Membangunkan masyarakat melalui melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari
Mewujudkan masyarakat yang berbudayakan penyayang
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui Perkhidmatan Kebajikan Dan Pembangunan Sosial yang profesional dan Perkongsian Tanggungjawab yang strategik


MATLAMAT TAMAN SINAR HARAPAN TAMPOI

Taman Sinar Harapan Tampoi bermatlamat memberi penjagaan ,latihan dan pemulihan kepada OKU Masalah Pembelajaran dalam semua lapangan hidup masyarakat normal untuk mencapai tahap kesempurnaan maksima berdasar keupayaan / kebolehan penghuni. Ia bertujuan agar pelatih OKU boleh berdikari dalam melaksanakan keperluan diri yang asas seperti membasuh pakaian, memasak dan membersihkan kediaman. Bagi pelatih OKU yang tidak menghadapi masalah pembelajaran pula, Taman Sinar Harapan Tampoi turut menyediakan kelas bengkel dalam meningkatkan kemahiran semasa pelatih. Pendekatan yang digunakan adalah berasaskan konsep normalisasi dan integrasi. Taman Sinar Harapan Tampoi berusaha bagi memastikan penghuni boleh BERDIKARI sepertimana anggota masyarakat normal yang lain.

Followers